" kadangkala Allah hilangkan matahari sekejap, Dia datangkan pula guruh & kilat . Puas kita menagis. mencari di manakah matahari ?, rupanya Allah hendak hadiahkan kita PELANGI yang INDAH
Bismillahirahmanirahiim..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah subhanahu wata'ala mempunyai rahasianya tersendiri, Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah subhanahu wata'ala kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahasia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Rosululloh sholallahu alaihi wa sallam bersabda : " barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan untuk nya niscaya,Dia akan mengujinya dengan kesusahan & cobaan " ( H.R.Bukhary)
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah subhanahu wata'ala.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya, Allah itu Maha Mendengar. Dan sebenarnya bila kita menyadari , segala ujian dan cobaan itulah yang menjadikan dan akan membawa kita semakin dekat pada-NYA, semakin mencintai-NYA , dan mempertebal keimanan kita , SUBHANALLAH
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. berkumpul dengan orang2 sholeh karena yang demikian itu akan semakin membuka hati kita untuk lebih redha dan bersabar atas segala cobaan .
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian,itulah sebenarnya tanda Allah subahanahu wata'ala sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah subahanahu wata'ala. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!.
" PUJI SYUKUR KEHADIRAT ALLAH SUBHANAHUW WATA'ALA ATAS RAHMAT & KARUNIA "
Tidak ada komentar:
Posting Komentar