Selasa

BIDADARI UNTUK UMAR rodhiallohu anhu

Bismillahirrokhmanirrokhiim.....


Rasulullah sholallohu alaihi wa sallam seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanannya mi’raj menghadap Allah subhanahu wata'ala Rasulullah sholallohu'alaihi wa sallam sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah subhanahu wata'ala kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah sholallohu a'laihi wa sallam dimi’rajkan menghadap Allah subhanahu wata'ala malaikat Jibril alaihi sallam memperlihatkan kepada Rasulullah sholallohu'alaihi wa sallam taman-taman syurga. Rasulullah sholallohu'alaihi wa sallam melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.

Rasulullah sholallohu'alaihi wa sallam bertanya kepada Jibril alaihi sallam “Wahai Jibril, bidadari siapakah itu”?. Malaikat Jibril alaihi sallam menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar rodziallohu anhu ”. Pernah suatu hari dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya.

Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah sholallohu 'alaihi wa sallam maka saat itu juga Allah subhanahu wata'ala menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.
Subhanalloh Ya Alloh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

" resent post "