Selasa

KEMULIAAN SEORANG GADIS


Kisah ini berlaku di kala golongan bani Israel kekurangan makanan~

Dikisahkan seorang fakir datang ke sebuah rumah agam untuk meminta sedekah.." Sedekahkan aku sebuku roti niat ikhlas kerana Allah Taala".. Lalu sang puteri menghulurkan sebuku roti kepada si fakir tersebut...Dek kerana amarah, si ayah yang bersifat bakhil memotong tangan kanan puterinya tanpa belas kasihan...

Allah swt menurunkan ujian kepada si bakhil tersebut dan kehidupannya mula berumbang ambing dan jatuh miskin...Puteri yang kudung tangannya terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan kehidupan...Sampai di rumah mewah seorang wanita, puteri tersebut mengetuk pintu untuk meminta sedikit makanan..Tatkala melihat kecantikan dan kesopanan akhlak puteri tersebut, si ibu berkenan dan menjadikan puteri tersebut sebagai menantu kepada anak lelakinya..Maka termenterailah ikatan perkahwinan antara puteri dan anak lelakinya..Puteri tersebut diberi persalinan dan kelihatan menawan dengan persalinan tersebut...

Waktu malam menjelma..
Apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan...Kehidupan puteri tersebut kembali ceria...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Iktibar yang boleh dikongsi ialah kita perlu memuliakan tetamu kita...Ana teringat seorang sahabat di zaman Rasulullah yang sangat memuliakan tetamunya...Suatu hari, sepasang tetamu datang ke rumahnya dan pada masa yang sama bekalan makanan hanya cukup untuk dua orang sahaja...Semasa berada di meja makan, si suami meminta si isteri menutup lampu dan menjemput tetamu tersebut menjamu selera...Si suami dan isterinya berpura-pura makan di hadapan tetamu tersebut..Disebabkan suasana gelap, tetamu tersebut tidak sedar bahawa tuan rumah hanya berpura-pura makan...Seusai tetamu pulang, si suami dan isterinya masih berlapar...mulianya hati mereka..sanggup berlapar semata-mata meraikan kedatangan tetamu...

Wallahua'lam....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

" resent post "