‘Atikah binti Zaid, barangsiapa yang menginginkan syahid, maka kahwinilah dia.
Nama sebenarnya adalah ‘Atikah binti Zaid ibn ‘Amru ibn Nufail al Qurasyiah al ‘Adawiyah. Beliau merupakan seorang wanita mukminah yg ckup terkenal dikalangan sahabiah dengan kefasihannya serta kemampuannya bersyair . Sifat2 ini telah diwarisinya dari ayahanda sendiri, iaitu Zaid ibn ‘Amr.
Dengan sifat2 kelembutan perasaan, ketajaman hati dan kesucian jiwa yang ada padanya, beliau telah mengahwini seorang sahabat dimana ayahnya juga merupakan sahabat Rasulullah s.a.w, iaitu Abdullah ibn Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Memang tak boleh disangkal lagi, Atikah merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan jelita. Sehinggakan kejelitaannya itu telah menyibukkan Abdullah ibn Abu Bakar dari urusan kehidupan dan perniagannya. Bukan itu saja, malahan kecantikannya juga telah menyibukkan suaminya utk keluar berjihad. Hal ini menyebabkan Abu Bakar mendesak anaknya itu untuk menceraikan Atikah. Sehinggalah jatuh talak satu keatasnya.
Abdullah bin Abu Bakar tidak dpt mengendalikan jiwanya . Ia sgt bersedih ketika berpisah dgn isterinya. Tanda2 kesedihan terpancar jelas diwajah dan badannya. Pada suatu hari, Abu Bakar mendengar anaknya berkata:
“Hai Atikah, aku tidak kan melupakanmu selama angin bertiup
Dan selama burung merpati masih bersuara
Hai ‘Atikah, saya tidak akan melupakanmu selama orang masih berhaji
Dan selama bintang2 yang bergantungan di langit bersinar
Hai ‘Atikah, hatiku tiap hari dan malam
Tergantung kpdmu apa2 yang tersembunyi dalam jiwa
Kalau bukan kerana taqwa kpd Allah yg berhubungan dgn ayahku
Dan ketaatan kpdnya maka kita tidak akan berpisah
Ketika ayahnya mendengar bait2 syair anaknya, ia sedar betapa cintanya Abdullah kpd Atikah. Akhirnya ia mengizinkan anaknya utk kembali bersama dgn isterinya.
Abdullah telah menjumpai sinar kehidupannya kembali. Kemudian ia ikut bersama Rasulullah dalam perang Thaif. Dalam perang itu, beliau terkena luka panah dan lukanya semakin parah setelah 4 malam pemergian Rasulullah. Dan akhirnya Abdullah bin Abu Bakar pun syahid. Atikah berasa sgt sedih akan kehilangan suaminya yg tercinta itu. Ia meratapi pemergian itu dengan sedihnya dalam sebuah syairnya.
Pernikahannya dengan Umar
Ketika Abdullah bin Abu Bakar dalam keadaan nazak ia berkata kepada isterinya ‘Atikah, “engkau akan mendapatkan sebuah kebun dari hartaku, maka janganlah engkau menikah lagi”.
Ketika tempoh ‘iddahnya dah selesai, Umar al-Khattab datang melamarnya.
Maka Atikah pn berkata “ Sesungguhnya aku telah membuat sesuatu terhadap diriku yg tidak mungkin berkahwin lg”
Umar berkata “Carilah fatwa dan pendapat”
Dengan itu Atikah pun berjumpa dgn Ali bin Ali Thalib r.a.. Ali berkata “Kembalikanlah kepada mereka apa yang tlh engkau ambil dari mereka, kemudian berkahwinlah”
Setelah itu, Atikan binti Zaid mengembalikan kebun tersebut dan menerima lamaran Umar al-Khattab yg berlaku pada 12H.
Atikah dan Umar
Atikah memperolehi kedudukan yang tinggi di sisi suaminya Umar. Ia banyak belajar dari sahabat Rasulullah itu sehinggakan Atikah sangat cintakan Umar. Menyedari hakikat itu, Umar berasa sangat terharu dengannya. Dan pernah suatu ketika Atikah mencium kepala Umar al-Khattab yang sedang berpuasa. Umar tidak melarangnya (so sweet!!)
Kehidupannya dengan Umar dipenuhi dengan keadilan, zuhud dan ibadah yang kian tumbuh di dalam dirinya. Atikah juga ikut solat jemaah dengan Umar. Apabila ia minta izin kpd suaminya untuk kemasjid, Umar akan berkata kepadanya, “ engkau tlh mengetahui bahawa aku kurang menyenangi kalau engkau keluar”
Atikah menjawab “aku takkan pergi tanpa kebenaranmu”
Khalifah Umar al-Khattab telah ditikam oleh sesorang ketika beliau sedang solat di masjid. Atikah pun meratapi pemergian kejadian ini dengan qasidahnya.
Atikah dan Zubair
Setelah peninggalan as-syahid Umar ibn al-Khattab, datanglah pula Zubair ibn ‘Awwam melamar Atikah. Atikah menerima lamarannya itu dengan syarat ia tidak boleh memukulnya, dan jangan melarangnya dari kebenaran dan jangan melarangnya solat di masjid. Zubair pula memiliki sifat yang keras terhadap isterinya. Ketika mereka sudah berkahwin, Zubair berkata dengan Atikah, “ ya Atikah, jangan keluar ke masjid”
Atikah menjawab “Ya ibn ‘Awwam, apakah demi kecemburuanmu aku harus meninggalkan masjid yang aku telah solat di dalamnya bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar?”
Zubair berkata,” Aku tidak akan melarangmu”
Ketika ia mendengar azan solat subuh, Zubair mengambil wudhuk dan berangkat ke masjid. Zubair berdiri di saqifah Bani Sa’idah menunggu Atikah. Ketika Atikah melintasi suaminya Zubair, suaminya memukul punggungnya dengan tangan. Atikah tak tau siapa yang memukul punggungnya. Ia berkata, “ada apa dengan mu, semoga Allah memotong tanganmu” Atikah pulang ke rumah dan berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun”
Seteleh selesai solat subuh di masjid, Zubair pulang ke rumahnya dan berkata kpd Atikah “ Ya Atikah, kenapa aku tidak melihatmu pagi ini solat di masjid?”
Atikah menjawab, “ Semoga Allah merahmatimu, Ya Abu Abdullah. Manusia sudah menjadi rosak sesudahmu. Solat hari ini bagi wanita lebih baik di rumah daripada di masjid. Dan di rumah lebih baik solat di kamar”
Suaminya Zubair terbunuh secara zalim ketika perang Jamal (unta). Ia dibunuh oleh Amru ibn Jurmuz pd thn 36H. Dan atikah pun meratapinya dengan syair2.
Setelah itu, datang pula Saidina Ali bin Abu Thalib melamar Atikah selepas tamat ‘iddahnya. Maka Atikah pun mengutus surat kepada Ali:
Ya Amirul Mukminin, engkau yang tersisa dan pemimpin muslimin. Dan aku takut kepadamu, hai anak bapa saudara Rasulullah, kalau engkau nanti terbunuh. Aku tidak pernah berkahwin dengan seorang lelaki kecuali ia terbunuh”
Oleh sebab itu, para penduduk Madinah mengatakan bahawa barangsiapa yang menginginkan mati syahid maka hendaklah dia berkahwin dengan Atikah binti Zaid. Dahulu ia isteri Abdullah ibn Abu Bakar. Abdullah ibn Abu Bakar mati syahid. Kemudian ia menjadi isteri Umar ibn al-Khattab. Umar ibn al-Khattab mati syahid dan terbunuh, Kemudian ia menjadi isteri Zubair ibn ‘Awwam. Zubair ibn ‘Awwam juga mati syahid terbunuh.
Sepanjang kehidupan Atikah yang penuh dengan ibadah dan zuhud, akhirnya dia meninggal pada tahun 40H. Semoga Allah mencucuri keredhaanNya keetas Atikah binti Zaid.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar