Senin

ketika HATI RESAH JIWA GELISAH





Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah sholallohu alaihi wa sallam, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."
Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat:

Pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama `cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud:

"Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)



 


"Cukuplah seorang hamba dikatakan sudah memberontak kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukai-Nya."
~Imam Ghazali~

**********


Di ceritakan dalam sebuah kisah,pada suatu ketika datang seorang lelaki berjumpa dengan sahabat Rasulullah sholallohu alaihi wa sallam bernama Ibnu Mas'ud untuk meminta nasihat daripadanya.


Lelaki tersebut berkata;

"Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwa aku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwa aku terlalu gelisah dan fikiranku menjadi kusut, tidak lalu makan dan tidurku pula tidak nyenyak."

Maka Ibnu Mas'ud pun menasihatinya dengan berkata:

"Kala penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran, di sana engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik ayat al-Quran yang dibaca oleh orang lain atau engkau pergi ke kelas pengajian yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. , atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat (mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah s.w.t), umpama ditengah waktu malam buta di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau mengerjakan solat malam meminta dan memohon kepada Allah s.w.t. akan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu masih belum terubat jiwa dengan cara ini engkau mintalah kepada Allah agar diberinya hati yang lain, sebab hati yang ada padamu, bukan lagi hatimu."


Kemudian orang itu kembali ke rumahnya, lalu terus diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi berwudhuk dan kemudian membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali hatinya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang sama sekali.



 **********




"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yag lemah tidaklagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."
~Thabit ibn Qurrah~



"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."
~Abu Abdurrahman Abdullah bin Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi~





Ya Allah... sedarkan aku di saat aku terlena dibuai cinta dunia... teguhkan kaki ini untuk terus berdiri di bumi-MU... kuatkan hati ini untuk terus istiqamah di jalan-Mu... jadikanlah aku diantara hamba-hamba-Mu yang sabar dan bersyukur... tenangkan jiwaku... redhai kehidupanku.... Ya Allah... Allohuma aamiin Ya Alloh Ya Arkhama Rokhimiin

                                                                                              
          " di saat jiwa ku gelisah & resah , tiada tempat ku mengadu selain diri-MU wahai  Pembolak -balikan hatiku "


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

" resent post "