Jumat

Asiyah binti Muzahim



Dia adalah wanita yang hidup di istana paling agung di zamanya. Disekeliling terdapat para pelayan dan dayang-dayang yang siap melayannya sepanjang waktu. Hidupnya yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Wanita itu bernama Aisyah binti Muzahim r.a isteri Fir'aun. Seorang wanita yang memiliki tubuh yang lemah, beriman dan tenang dalam istananya. Dari dalam hatinya terpancar cahaya keimanan. Dia menentang realiti arus jahiliyah yang dipimpin oleh suaminya sendiri.

Sesungguhnya, dia adalah contoh wanita yang meiliki visi yang amat jauh sehingga melampaui istana yang didiaminya, hamparan empuk yang dipijak dan kehidupan yang berlimpah dengan kemewahan dan juga melampaui semua pelayan perempuan dan lelaki yang selalu sedia melayan semua keperluannya. Oleh kerana itu, ia berhak untuk diabdikan sebutannya oleh Allah, Tuhan semester alam dalam kitab-Nya yang terpelihara dan Dia menjadikannya sebagai teladan yang ideal bagi orang beriman. Dalam firman Allah yang bermaksud:
"Dan Allah mengemukan satu contah perbandingan(yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin(berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas kepada imannya), iaitu: perihal isteri Fir'aun, ketika dia berkata:Wahai Tuhan ku, binalah untukku sebuah rumah disisi-Mu sebuah Syurga dan selamatkanlah daku daripada Fir'aun dan perbuatannya(yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim." (Surah At-Tahrin: ayat 11)

Para ulama' berpendapat tentang tafsir dari ayat yang mulia ini, mereka berkata: "Aisyah telah memilih berdamping dengan Allah sebelum memohon istana di Syurga."

Rasulullah s.a.w memberi penghargaan kepadanya dengan meletakkannya pada jajaran wanita-wanita yang sempurna. Perkara itu sebagaimana terungkap dalam sabdanya:

"Telah banyak daripada kaum lelaki yang mencapai kesempurnaan, tetapi yang tiada mencapai kesempurnaan dari kaum wanita, kecuali hanya Aisyah, isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran. Sesungguhnya keutamaan Aisyah di atas kaum wanita sama halnya dengan keutamaan tharit( bubur roti yang lazat lengkap dengan keju) di atas makanan lainnya."

Itulah Aisyah yang menjadi mukminah, lampu terag yang bersinar dalam kegelapan istana Fir'aun. Dan sekarang ini, siapa yang menerangi kita dengan cahayaNya yang tersebar bersama kesabaran dan keteguhan berdakwah di jalan Allah?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

" resent post "